Sunday 9 February 2014

Kelebihan Ayat 33 (Ayat Rukyah Syariiyah)

Kelebihan Ayat 33 (Ayat Rukyah Syariiyah)

Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Ahmad Bin As-Syeikh Haji Muhammad Said r.a., Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan (bapa kepada mantan Mufti Besar Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Murtadza Bin As-Syeikh Haji Ahmad) dalam kitabnya Safinatus Salamah telah mengesyorkan beramal dengan ayat 33 ini bersama-sama dengan ayat 7, ayat 5 dan ayat 3 bagi pemeliharaan, kawalan dan kesentosaan buat diri, ahli keluarga dan harta benda serta perubatan daripada penyakit dan keselamatan daripada bala dan lain-lain lagi. Adapun menurut kitab yang juga ditulis oleh Sheikh Ahmad di atas, Tuhfatul Auton Wal Ikhwan Fi Zikri Ba'dil Azkar Wal Aurad Wal Ad'iyyah Allati Tata'allaqu Bil Auqot Wal Azman, ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat Hirz dan ayat Hirs. Menurut beliau, ayat 33 ini diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar R.A. yang menyatakan barang siapa membaca ia pada malam hari tiada mudarat kepadanya oleh binatang-binatang buas dan pencuri yang menganiayai, serta disihatkan dan dilindungkan dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya, sehingga ke pagi. Dan direntangkan di antara orang yang membacanya dan seterunya dengan satu pagar daripada besi. Dan dikatakan pada ayat 33 ini ubat kepada 100 jenis penyakit (kita berdoa semoga Allah SWT menyembuhkan kita daripada semua penyakit itu) termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota (lumpuh). Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33 ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini dinyatakan dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan di dalam hadith-hadith yang tersebut terdahulu termasuklah hadith yang disebut oleh saudara Rafizal Baharom iaitu: Ubai bin Kaab R.A. meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. "Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis penyakit gila". Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 ) Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374) karangan As-Syeikh Al-Kabir Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan At-Tirmizi. Ada pun sahih pada periwayatan hadith tidak bermakna kandungan hadith-hadith semestinya sama sepenuhnya. Justeru, ada hadith-hadith sahih yang sedikit berbeza matannya tetapi mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Maka mengamalkan ayat 33 ini haruslah mengikut ilmu yang diajarkan oleh guru-guru mursyid masing-masing walaupun sedikit berbeza antara satu guru mursyid dengan yang lain. Menurut Syeikh Ahmad, ayat 33 adalah seperti berikut: 01. Al-Fatihah (1-7) 02. Al-Baqarah (1-5) 03. Al-Baqarah (163-164) 04. Al-Baqarah (255-257) 05. Al-Baqarah (284-286) 06. Al-A'raf (54-56) 07. Al-Israk (110-111) 08. As-Saffat (1-11) 09. Ar-Rahman (33-35) 10. Al-Hasyr (21-24) 11. Al-Jinn (1-4)

Modul Cepat Belajar Sifir

Modul Cepat Belajar Sifir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...