Wednesday 21 September 2011

Matematik Susah????



Pada satu ketika dulu,jika disebut matapelajaran matematik ramai antara pelajar akan mengerutkan dahi.Tanda tidak setuju atau takut pada matapelajaran tersebut.Ramai di kalangan pelajar,majoritinya adalah pelajar daripada kaum Melayu sukar mendapat keputusan yang cemerlang di dalam matapelajaran tersebut berbanding pelajar daripada kaum lain terutama pelajar kaum Cina.

        Pada anggapan sesetengah pelajar matematik melibatkan pengiraan berbentuk tambah,tolak,darab dan bahagi.Satu perkara yang sukar untuk dilakukan.Itu anggapan dan tafsiran mereka.Jadi, apa sebenarnya matematik?Menurut Kamus Dewan Edisi 2,matematik adalah satu cabang ilmu sains atau perkiraan yang melibatkan nombor.Lebih tepat lagi matematik adalah mengenai sains yang melibatkan pola.
        Sebenarnya, jika kita tahu bagaimana matematik itu dibentuk dengan sendirinya,kita akan jatuh cinta pada matematik.Kepuasan dirasakan jika kita memperolehi jawapan bagi setiap persoalan matematik.Bahkan ada yang berasa bangga.Teknik untuk menjawab matematik adalah melalui penyiasatan dan penerokaan mengenai pola atau corak nombor tersebut.Setiap persoalan matematik adalah terdiri daripada pola-pola yang telah dibentuk.Jika kita telah berjaya menemui pola tersebut dengan sendirinya jawapan bagi persoalan tersebut akan diperolehi. 
        Bagi pelajar yang lemah,secara lazimnya mereka sudah tidak berminat pada matapelajaran ini kerana mereka telah mewujudkan satu kepercayaan bahawa matapelajaran ini adalah sukar dan hanya mereka yang bijak sahaja yang boleh menguasai setiap persoalan dan permasalahan matematik.Guru haruslah menghapuskan kepercayaan ini daripada minda para pelajar tersebut.
        Berikan panduan dan ransangan melalui rekreasi matematik.Pelbagai variasi akan diperolehi. 'Menyelam sambil minum air'.Semasa bermain pelajar secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui serta memperolehi ilmu baru dalam matematik.Selain itu,penyampaian pengajaran matematik hendaklah disulami dengan penggunaan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran para pelajar ke arah zaman matlumat (ICT).Perisian yang banyak disediakan di laman WEB boleh membantu guru mempertingkatkan pemahaman para pelajar dalam penguasaan kemahiran yang dipelajari.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...